Dewan Negara Malaysia

Dewan Negara Malaysia
ديوان نݢارا مليسيا
Jata
Dewan Negara Malaysia, Parlimen Malaysia ke-14
Jenis
Jenis
Tempoh menjawat
Dua tempoh = (2 Penggal, Tiga Tahun)
Kepimpinan
Yang di-Pertua
Kosong (bakal dilantik kelak)
sejak 10 Mei 2024
Timbalan Yang di-Pertua
Nur Jazlan Mohamed, BN-UMNO
sejak 19 Jun 2023
Setiausaha
Muhd Sujairi Abdullah, Bebas
sejak 22 Februari 2020
Struktur
Ahli70 Senator
Kuorum: 23
Majoriti mudah: 36
Majoriti dua-per-tiga: 47
{{{Struktur1}}}
Kumpulan politik
Setakat 10 Disember 2022

Kerajaan (37)

Pembangkang (13)

Kosong (20)
Jawatankuasa
4
  • Jawatankuasa Pemilih
  • Jawatankuasa Dewan
  • Jawatankuasa Hak dan Kebebasan
  • Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat
Sistem pengundian
Seramai 70 ahli Dewan Negara bergelar senator dimana hanya 26 daripada 70 yang dipilih melalui pengundian oleh dewan undangan negeri setiap negeri dengan 2 senator dipilih setiap negeri di dalam Persekutuan dan 44 lagi dilantik dan dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong.
Tempat persidangan
www.parlimen.gov.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Dewan Negara (Tulisan Jawi: ديوان نڬارا) ialah senat bagi Persekutuan Malaysia. Ia bertindak sebagai dewan perwakilan rakyat yang tertinggi di Malaysia. Dewan Negara merupakan salah satu daripada dua dewan dalam Parlimen, satu laginya dikenali sebagai Dewan Rakyat. Seramai 70 ahli Dewan Negara bergelar senator dimana hanya 26 daripada 70 yang dipiIih melalui pengundian oleh negeri dengan 2 senator setiap negeri di Persekutuan dan 44 lagi dilantik dan dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong. Tugas Dewan Negara ialah mengkaji semula dan meluluskan rang undang-undang yang dibawa naik oleh Dewan Rakyat. Kedua-dua dewan perlu meluluskan rang undang-undang yang dibuat sebelum dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan Baginda.

Dewan Negara mempunyai kuasa dan pengaruh yang lebih besar dalam soal suatu Rang Undang-undang yang bertujuan membuat pindaan kepada Perlembagaan Malaysia. Dewan Negara mempunyai kuasa untuk menolak dan membatalkan sebarang Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memerlukan kelebihan suara majoriti 2/3 dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat pada bacaan kali kedua dan kali ketiga. Pindaan Perlembagaan Malaysia bukan sahaja mesti diluluskan oleh majoriti 2/3 di Dewan Rakyat sahaja tetapi juga mesti diluluskan dengan majoriti 2/3 di Dewan Negara yang berhak menggunakan kuasa vetonya jika Rang undang-undang untuk meminda Perlembagaan Malaysia itu ditolak. Kuasa veto yang dipunyai oleh Dewan Negara berkenaan Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan telah diperuntukkan di bawah - Perkara 68(5) Perlembagaan Persekutuan Malaysia.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search